[TERKINI] Tun M dimasukkan ke IJN
![[TERKINI] Tun M dimasukkan ke IJN [TERKINI] Tun M dimasukkan ke IJN](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2024-07/41721280493_TunDrMahathir.jpg)
Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Menurut Sufi, susulan kejadian itu Dr Mahathir segera dibawa ke IJN dengan menaiki ambulans dari kediamannya.
Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung keadaan kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri yang kini berusia 100 tahun itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


