awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tolak 'tebuk atap', kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Zahid Hamidi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2026
03:15 MYT
BN tolak 'tebuk atap',  kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian menolak sebarang amalan 'tebuk atap' yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.
"Sejak dari awal lagi, parti mempunyai pendirian yang jelas bahawa kita tidak akan melakukan sebarang usaha 'tebuk atap' terhadap kerajaan yang ada sekarang.
"Kita akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan ini sehingga tamat penggal, iaitu satu penggal yang mencukupi sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa partinya itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.
Ahmad Zahid sebelum itu menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, pada Selasa.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#keluar kerajaan
#Akmal Saleh
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan