awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat

Faida Rahim
Faida Rahim
06/01/2026
02:45 MYT
[TERKINI] Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat
Majlis pemakaian pangkat PTD kepada Azhan (tengah) disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled (kiri) bersama isteri Azhan, Noor Ainy Mohd Ali, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Jeneral Datuk Azhan Md Othman secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Majlis pemakaian pangkat PTD disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bersama isteri Azhan, Datin Noor Ainy Mohd Ali, di Wisma Pertahanan pada Selasa.
Pelantikan ini selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November 2025 dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.
Seiring pelantikan itu juga, Azhan menjunjung kasih kepada Yang di Pertuan Agong dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Azhan menegaskan, aspek integriti, tadbir urus telus serta pembudayaan nilai-nilai ketenteraan yang luhur akan diperkukuhkan sebagai teras kepimpinan, selari dengan inisiatif strategik Angkatan Masa Hadapan- Strategi Domain Daratan (AMH-SD) yang mendokong aspirasi Kertas Putih Pertahanan.
Selain itu, agenda kesejahteraan anggota dan keluarga Tentera Darat pula, ikrar beliau, akan terus diberi perhatian bagi memastikan kebajikan warganya sentiasa terpelihara.
Azhan selaku PTD ke-31 menyeru seluruh warga Tentera Darat Malaysia menyatukan tekad, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan prestasi agar Tentera Darat terus mara sebagai angkatan pertahanan yang profesional, berkeupayaan dan diyakini rakyat.
Untuk rekod, Azhan dilahirkan di Muar, Johor pada 4 September 1969 dan memulakan kerjaya ketenteraan sebagai Pegawai Kadet pada 1987 selepas menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja.
Azhan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1989 dan memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Platun.
Sepanjang perkhidmatan, Azhan memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia, termasuk sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja, Komander MALBATT 850-6 serta Panglima Ke-2 Divisyen Infantri Malaysia.
Azhan turut berpengalaman luas dalam penugasan pegawai staf, antaranya sebagai Asisten Ketua Staf di beberapa cawangan utama sebelum dilantik sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia pada Februari 2025.
Azhan pernah berkhidmat sebagai jurulatih di Akademi Tentera Malaysia dan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera.
Dari segi akademik, Azhan memiliki Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya serta mengikuti pengajian ketenteraan di French Joint Defence College, Perancis.
Azhan turut mengikuti Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional.
Azhan menggantikan bekas Panglima PTD ke- 30, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang diarahkan bercuti berkuat kuasa 27 November bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu melibatkan beliau.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Mohamed Khaled Nordin
#tentera darat
#Jeneral Datuk Azhan Md Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan