SEJUMLAH 3.495 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Ia merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.4 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 387 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 334 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan 623 juta dos dan Perancis 61 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 52 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula masing-masing 13 dan 12.9 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 12.6 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.