LEBIH 3.77 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Jumaat.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.5 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 423 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 338 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

73 juta dos didaftarkan di Jepun dan Perancis lebih 68 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Lebih 16 juta dos didaftarkan di Malaysia manakala Filipina dan Thailand kini lebih 15 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6.8 juta dos.