NEW YORK: Ketidaksamarataan pengagihan bekalan vaksin COVID-19 di negara-negara Afrika menjadik fokus utama Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tiada yang selamat sehingga semua selamat - itu slogan yang diulang pada sidang mesyuarat kali ini.

Beberapa pemimpin Afrika termasuk Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menggesa  ahli-ahli PBB untuk menyokong cadangan bagi memansuhkan sementara hak harta intelek yang dibentuk oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Ia antara lain bagi membolehkian lebih banyak negara, terutamanya negara berpendapatan rendah dan sederhana, untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Bagi pemimpin Afrika lain, mereka mendakwa ketika negara kaya memikirkan strategi untuk mengagihkan vaksin penggalak, negara berpendapatan rendah ketika ini hanya dapat memberikan vaksinasi 1 hingga 2 peratus daripada keseluruhan populasi.

Presiden angola, João Lourenço mengatakan bahawa perbezaan ketara itu amat mengejutkan.

Justeru beliau menggesa agar ketidaksamarataan ini dihentikan segera bagi memastikan seluruh populasi dunia terima suntikan vaksin COVID-19.