LONDON: United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) umum komitmen untuk pulihkan semula hubungan dua hala.

Ia selepas hubungan keduanya tegang, susulan isu pengedaran bekalan vaksin COVID-19.

Dalam satu kenyataan bersama, UK dan EU memaklumkan, akan mewujudkan situasi menang-menang dan memperluaskan bekalan vaksin buat semua.

Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah (EC) mencadangkan untuk memperketatkan eksport bekalan vaksin susulan pengedaran vaksin AstraZeneca yang tidak seimbang.

Namun, menurut Perdana Menteri UK, Boris Johnson, larangan eksport sebagai sesuatu yang tidak rasional ketika ini.

“Saya tidak merasakan sekatan bekalan vaksin atau ubat-ubatan patut dilakukan dan saya rasa dalam jangka masa panjang, ia akan memudaratkan keadaan.

“Saya ingin menekankan di sini, sesiapa yang memperhitungkan untuk mengenakan sekatan atau mengganggu rantaian bekalan.

“Syarikat pengeluar juga digesa melihat pada keadaan dan membuat rumusan jika ia munasabah untuk membuat pelaburan di negara-negara yang mengenakan sekatan,” katanya.

Polisi berkaitan larangan eksport ini dijangka akan jejaskan Britain secara langsung.

Britain kini mendahului program vaksinasi, berbanding EU.

Sehingga kini hampir separuh penduduknya mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, berbanding kurang 14 peratus bagi blok Eropah.