Lebih 5.03 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.97 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 595 juta dos  manakala Amerika Syarikat dengan lebih 363 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jerman, manakala United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 91 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 32 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.