awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Dua kumpuluan keluaran J&J dibenarkan penggunaan

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2021
00:02 MYT
Vaksin COVID-19: Dua kumpuluan keluaran J&J dibenarkan penggunaan
Kebenaran kali ini adalah berdasarkan semakan menyeluruh rekod kemudahan dan ujian kualiti oleh pengilang. - Foto fail/REUTERS
PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan penggunaan dua lagi kumpulan vaksin COVID-19 dos tunggal Johnson & Johnson yang dikeluarkan di kilang Emergent Biosolutions di Baltimore yang sebelum ini dilaporkan menyebabkan pencemaran.
Kini, FDA telah membenarkan 11 kumpulan vaksin yang dikeluarkan di kemudahan itu.
Pada April, pihak berkuasa Amerika Syarikat menghentikan pengeluaran selepas bahan-bahan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca yang juga dihasilkan di kilang itu, telah mencemarkan sekumpulan vaksin J&J.
Kebenaran kali ini adalah berdasarkan semakan menyeluruh rekod kemudahan dan ujian kualiti oleh pengilang.
Ia selepas mempertimbangkan situasi kecemasan kesihatan awam semasa.
Dianggarkan 30 hingga 50 juta dos vaksin COVID-19 J&J yang dibuat awal tahun ini terbiar di kilang itu selama berminggu-minggu sementara menunggu lampu hijau daripada kawal selia Amerika Syarikat untuk diedarkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#FDA
#johnson and johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan