awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: India lulus penggunaan suntikan DNA virus pertama di dunia

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2021
23:32 MYT
Vaksin COVID-19: India lulus penggunaan suntikan DNA virus pertama di dunia
India menyasarkan kesemua orang dewasa disuntik menjelang Disember. - Foto REUTERS
BENGALURU: Pengawal Selia Perubatan India meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Zydus Cadila.
Vaksin ini merupakan suntikan DNA pertama di dunia bagi mengekang virus berkenaan.
Ia boleh disuntik kepada orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
Kelulusan itu melonjakkan semula program vaksinasi India yang menyasarkan kesemua orang dewasa disuntik menjelang Disember.
Ia juga akan diberikan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Vaksin ZyCoV-D menggunakan bahagian bahan genetik daripada virus COVID-19.
Tidak seperti kebanyakan vaksin COVID-19 yang memerlukan satu atau dua dos, vaksin ZyCoV-D diberikan dalam tiga dos.
Syarikat pengeluar Cadila Healthcare menyasarkan untuk menghasilkan 100 hingga 120 juta dos ZyCoV-D setiap tahun.
Vaksin Zydus Cadila, yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Bioteknologi, merupakan vaksin kedua mendapat kelulusan kecemasan di India selepas Covaxin Bharat Biotech.
Syarikat itu pada bulan Julai berkata, vaksin COVID-19 dibangunkannya berkesan terhadap mutasi baharu virus itu terutamanya varian Delta.
Suntikan itu juga dilakukan tanpa menggunakan jarum berbanding kaedah tradisional suntikan.
Vaksin ZyCoV-D merupakan vaksin keenam yang diluluskan untuk digunakan di India.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#ZyCov-D
#Zydus Cadila
#India
#Cadila Healthcare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan