awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Jerman tingkat akses vaksin kepada negara miskin

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2021
06:38 MYT
Vaksin COVID-19: Jerman tingkat akses vaksin kepada negara miskin
Angela Merkel membuka pelitup mulut dan hidung sebelum memulakan sidang media susulan mesyuarat G7 di Berlin, 19 Feb, 2021. (Foto AP)
JERMAN pada Jumaat membangkitkan mengenai kepentingan meningkatkan akses vaksin bagi negara-negara miskin menerusi inisiatif Covax Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Canselornya Angela Merkel menegaskan, pada waktu sukar ini, ketibaan bekalan vaksin adalah lebih kritikal berbanding wang.
"Kami belum berbincang berkenaan peratusan sumbangan, tetapi adalah penting untuk dipastikan vaksin itu tiba, dan ia bukan hanya sekadar ikrar dana.
"Bagi saya, tidak kira sama ada Biontech/Pfizer sudah memeterai kontrak dengan Covax atau kita berikan sebahagian dos kita, di bawah dana yang lebih besar.
"Tetapi, butiran ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Apa yang penting, vaksin itu tiba dan ia bukan semata-mata tentang wang," katanya,
Beliau berkata demikian di Berlin selepas menghadiri mesyuarat G7 yang diadakan secara maya.
Pada Khamis, Presiden Perancis Emmanuel Macron menyeru Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah supaya memperuntukkan sehingga 5 peratus bekalan vaksin mereka kepada negara-negara membangun.
Mengulas perkara itu, Merkel memaklumkan, beliau bagaimanapun belum berbincang dengan Macron mengenai jumlah vaksin yang akan disumbangkan kepada Covax.
Vaksin COVID-19 | Merkel tingkat akses vaksin kepada negara miskin
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Amerika Syarikat
#Emmanuel Macron
#G7
#COVID-19
#Jerman
#kesihatan
#presiden
#bekalan vaksin
#akses
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan