Skip to main content

Dunia

Vaksin COVID-19: Lebih 5.88 juta didaftarkan di seluruh dunia

71631148743_Vaksinator.jpg
Advertisement
LEBIH 5.88 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.17 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan sebanyak 804 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 383 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 220 juta dos manakala Jepun dan Jerman masing-masing merekodkan 149 juta dan 105 juta dos vaksin didaftarkan atau disuntik.

Sementara itu, Turki dan United Kingdom  masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 120 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia yang melebihi 40 juta dos dan Singapura, 9 juta dos.





Must Watch Video

Advertisement