awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan

Agensi
Agensi
25/01/2021
00:20 MYT
Vaksin COVID-19: Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte sebelum ini sifatkan kelewatan bekalan vaksin sebagai tindakan yang tidak boleh diterima dan pelanggaran serius terhadap tanggungjawab kontrak. - Foto REUTERS
ITALI akan mengambil tindakan undang-undang dan meningkatkan tekanan di Brussels terhadap PfizerIinc dan AstraZeneca kerana kelewatan penghantaran vaksin COVID-19.
Menurut Menteri Luar Negeri Luigi di Maio, tindakan bertujuan supaya syarikat berkenaan memenuhi jumlah vaksin sebagaimana dijanjikan selain tidak meminta pampasan.
Katanya, ini adalah kontrak Eropah yang tidak dipatuhi oleh Pfizer dan Astrazeneca.
Justeru itu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang supaya program rancangan vaksin tidak berubah.
Pfizer minggu lalu berkata, untuk sementara waktu ia akan memlewatkan bekalan ke Eropah untuk membuat perubahan pembuatan yang akan meningkatkan pengeluaran.
Pada Jumaat, Astrazeneca menyatakan penghantaran awal ke rantau itu akan berkurangan kerana masalah pengeluaran.
Ditanya mengapa syarikat farmasi terpaksa mengumumkan pengurangan, di Maio menyatakan beliau percaya syarikat farmaseutikal telah mengambil lebihan kapasiti pembelian daripada kemampuan mereka.
Di Maio berkata, pihaknya mengaktifkan semua saluran sehingga Suruhanjaya EU melakukan apa sahaja untuk membuat syarikat farmaseutikal berkenaan menghormati kontrak mereka.
Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte sebelum ini sifatkan kelewatan bekalan vaksin sebagai tindakan yang tidak boleh diterima dan pelanggaran serius terhadap tanggung jawab kontrak.
Itali merupakan antara negara Eropah pertama catat kes COVID-19 Mac tahun lalu.
Setakat ini, Itali, mencatatkan 85,461 kes kematian, jumlah kedua tertinggi di Eropah selepas Britain.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#AstraZeneca
#lewat
#eropah
#bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan