awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Tiada keputusan vaksinasi terhadap kanak-kanak sihat

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2021
23:30 MYT
Vaksin COVID-19: Tiada keputusan vaksinasi terhadap kanak-kanak sihat
Pihak kerajaan Britain sedang mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan untuk memperincikan keperluan vaksinasi terhadap kumpulan itu. - Foto AP/Bruna Prado
LONDON: United Kingdom masih belum mencapai keputusan sama ada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan akan divaksin atau sebaliknya.
Menurut Menteri Vaksin negara itu, Nadhim Zahawu, ini selepas Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) pada Jumaat yang menolak keputusan vaksinasi terhadap kumpulan itu.
Jelasnya, ia adalah sebagai langkah berhati-hati susulan laporan risiko jantung yang jarang berlaku.
Ketika ini, pihak kerajaan sedang mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan untuk memperincikan keperluan vaksinasi terhadap kumpulan itu.
Ia melihat kepada sudut yang lebih luas termasuk pembukaan semula sekolah.
Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan negara itu mengumumkan akan memberikan suntikan vaksin kepada kumpulan berkenaan yang mengalami masalah kesihatan.
Setakat ini antara negara yang sudah mula memberikan vaksinasi kepada golongan remaja adalah Amerika Syarikat, Israel dan beberapa negara Eropah lain.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#vaksin
#COVID-19
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan