Van rempuh murid, guru: Agensi kerajaan BGN janji sokongan penuh kepada mangsa

Sekolah Dasar Negeri Kalibaru 01 di Cilincing di Jakarta Utara, tempat sebuah van MBG meluru masuk melalui pintu pagar sekolah dan melanggar puluhan murid yang sedang duduk di halaman sekolah untuk aktiviti literasi pada waktu pagi. -Foto Google Maps
JAKARTA: Agensi Pemakanan Kebangsaan (BGN) menegaskan komitmennya untuk memastikan penjagaan sewajarnya kepada mangsa yang cedera selepas sebuah kenderaan penghantaran makanan di bawah program Makanan Bernutrisi Percuma (MBG) merempuh pelajar sekolah di Jakarta pada Khamis, lapor Agensi Berita ANTARA.
Ringkasan AI
- Agensi Pemakanan Kebangsaan (BGN) komited untuk memberi penjagaan cekap kepada mangsa cedera selepas van penghantaran makanan di bawah program Makanan Bernutrisi Percuma (MBG) merempuh 17 murid dan seorang guru di Jakarta.
- Polis Jakarta Utara sedang menyiasat insiden itu, sementara BGN menanggung semua kos perubatan mangsa dan memastikan mereka menerima rawatan terbaik di hospital.
- BGN sedang melakukan penilaian dalaman untuk memperkukuh keselamatan pada masa depan serta mengelakkan kejadian serupa, sementara pengedaran makanan percuma di bawah program MBG diteruskan tanpa gangguan.
"Kami sedang bekerja secepat mungkin untuk merawat mangsa dengan kerjasama pihak berkepentingan lain, memastikan murid dan guru yang cedera menerima rawatan perubatan optimum.
"Saya sendiri melawat lokasi untuk memastikan respons segera," kata Timbalan Ketua BGN Sony Sanjaya di Jakarta.
Beliau membuat kenyataan itu selepas melawat Sekolah Dasar Negeri Kalibaru 01 di Cilincing, Jakarta Utara, tempat sebuah van MBG meluru masuk melalui pintu pagar sekolah dan melanggar puluhan murid yang sedang duduk di halaman sekolah untuk aktiviti literasi pada waktu pagi.
Sanjaya menjelaskan yang BGN, sebagai pelaksana utama program MBG, akan mengekalkan koordinasi rapat dengan sekolah, polis dan kemudahan perubatan berdekatan untuk menyokong mangsa, termasuk seorang guru.
"Kami di BGN akan menanggung semua kos perubatan mangsa," katanya, sambil menjelaskan semua individu yang cedera akan menerima rawatan perubatan terbaik di hospital umum wilayah.
Beliau juga memberi jaminan kepada orang ramai yang insiden itu tidak akan menjejaskan pelaksanaan MBG, menegaskan bahawa pengagihan makanan percuma diteruskan seperti biasa.
Selain itu, Sanjaya menegaskan bahawa agensi itu memulakan penilaian dalaman meliputi prosedur, koordinasi dan mekanisme pemantauan untuk memperkukuh keselamatan pada masa depan dan mencegah kejadian serupa.
"BGN melancarkan penilaian dalaman bagi mengelakkan kejadian itu berulang," katanya.
Sahrul Gunawan Siregar, Ketua Dapur MBG Jakarta Utara, menjelaskan yang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dipandu oleh pemandu gantian pada masa kejadian.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dilaporkan berlaku di Sekolah Dasar Negeri Kalibaru 01 di Cilincing, Jakarta Utara? A: Sebuah van penghantaran makanan di bawah program Makanan Bernutrisi Percuma (MBG) merempuh 17 murid serta seorang guru yang sedang beraktiviti literasi di halaman sekolah.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Agensi Pemakanan Kebangsaan (BGN) berhubung insiden tersebut? A: BGN berkomitmen untuk menanggung semua kos perubatan mangsa cedera dan melancarkan penilaian dalaman untuk memperkukuh keselamatan pada masa depan serta mencegah kejadian serupa.
- Q: Siapakah yang akan menyediakan rawatan perubatan kepada mangsa cedera? A: Individu yang cedera akan menerima rawatan perubatan terbaik di hospital umum wilayah dengan kos ditanggung oleh BGN.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

