awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vandalisme terhadap Tesla lebih teruk daripada serangan Capitol - Trump

Bernama
Bernama
22/03/2025
12:43 MYT
Vandalisme terhadap Tesla lebih teruk daripada serangan Capitol -  Trump
Trump menyeru mereka yang bertanggungjawab didakwa sebagai pengganas domestik dan memberi amaran yang mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun. - Gambar fail/Reuters/Leah Millis
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump berkata gelombang vandalisme yang menyasarkan kereta dan bilik pameran Tesla milik penasihatnya Elon Musk, adalah lebih teruk daripada serangan ke atas bangunan Capitol oleh penyokongnya empat tahun lalu.
"Apabila saya melihat bilik pameran itu terbakar dan kereta itu, bukan satu atau dua, tetapi tujuh, lapan, 10 terbakar, meletup di merata tempat. Ini adalah tindakan pengganas," kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Apa yang terjadi pada 6 Jan, bukan seperti ini," katanya, merujuk kepada rusuhan Capitol pada 2021, apabila penyokongnya menyerbu bangunan itu dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya yang menyaksikan kekalahan Trump.
Trump ketika itu menghasut orang ramai dengan dakwaan tidak berasas bahawa keputusan pilihan raya itu adalah penipuan.
Kenderaan Tesla semakin menjadi sasaran vandalisme di AS, didorong oleh kemarahan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Musk, yang kini mengetuai pembersihan besar-besaran kerajaan persekutuan AS bagi pihak Trump walaupun tidak memegang jawatan politik rasmi.
Trump menyeru mereka yang bertanggungjawab didakwa sebagai pengganas domestik dan memberi amaran yang mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun. "Individu ini akan ditangkap...dan mereka akan didakwa," katanya.
Antara tindakan pertama Trump selepas memegang jawatan untuk penggal kedua pada Januari adalah mengampunkan mereka yang disabitkan kesalahan atas serangan ke atas Capitol termasuk perusuh ganas yang menyerang pegawai polis dan pelampau sayap kanan yang membantu mengatur serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Elon Musk
#Tesla
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan