awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron dikesan di 23 negara, dijangka terus meningkat - WHO

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2021
00:40 MYT
Varian Omicron dikesan di 23 negara, dijangka terus meningkat - WHO
Dr Tedros menggesa campur tangan "disesuaikan" oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara. - Gambar fail
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian baharu COVID-19 Omicron telah dikesan di 23 negara dan dijangka terus meningkat.
Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, WHO memandang serius kemunculan varian itu dan menggesa setiap negara untuk berbuat perkara yang sama.
"Kemunculan varian Omicron telah menarik perhatian global. Sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO kini telah melaporkan kes Omicron dan kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat.
"WHO sangat mengambil serius perkembangan ini dan begitu juga sepatutnya setiap negara, tetapi ia tidak sepatutnya mengejutkan kita," katanya di Geneva pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat selepas agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengkategorikan Omicron sebagai varian membimbangkan selepas didedahkan penyelidik di Afrika Selatan minggu lalu.
WHO juga berkata, larangan perjalanan akan memberi kesan kepada kerjasama global terhadap varian Omicron baharu.
Ini katanya menyebabkan "cabaran" kepada perkongsian sampel makmal dari Afrika Selatan yang boleh membantu mendapatkan maklumat yang lebih baik pada varian baharu itu.
Banyak negara bertindak balas dengan menangguhkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan.
Dr Tedros menggesa campur tangan "disesuaikan" oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara.
Beliau turut memberi menasihat, larangan perjalanan "akan membebankan kehidupan dan mata pencarian."
Sementara itu, Ketua Teknikal WHO Mengenai COVID-19, Maria Van Kerkhove berkata, kerjasama antarabangsa berterusan dan penyelidik di Afrika Selatan telah bersedia untuk berkongsi data, maklumat dan sampel.
Bagaimanapun, beliau berkata larangan perjalanan menyukarkan penghantaran sampel itu ke luar negara.
Topic Berkaitan
#varian baharu
#Omicron
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan