awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video detik cemas di pusat beli-belah Beijing dilanda banjir besar

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
23/06/2016
12:42 MYT
Video detik cemas di pusat beli-belah Beijing dilanda banjir besar
Bandaraya Beijing kini berhadapan dengan malapetaka akibat fenomena El Nino yang menyebabkan taburan hujan tinggi dan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di situ. - Gambar YouTube
Fenomena El Nino yang telah mengakibatkan cuaca tidak menentu di rantau Asia kini sudah mula dirasai di beberapa daerah di China.
Taburan hujan tidak menentu menyebabkan banjir besar melanda Beijing hujung minggu lalu.
Setakat ini, kira-kira 22 orang terkorban dan lebih 197,000 hilang tempat tinggal selepas beberapa buah bandar di daerah tersebut ditenggelami air akibat banjir besar.
Viral di media sosial ialah rakaman video yang menunjukkan detik cemas di sebuah pusat membeli-belah di bandaraya tersebut apabila dilanda banjir susulan hujan lebat.
Rakaman video itu menunjukkan paras air meningkat akibat hujan lebat dan mula menghanyutkan barangan di kompleks itu.
Pekerja-pekerja yang berada di situ mula panik dan masing-masing berusaha untuk menyelamatkan diri.
Video itu menarik perhatian netizen dan menyifatkan insiden itu membimbangkan dan menakutkan.
Segelintir netizen turut menyoal keselamatan orang yang terperangkap yang mungkin berhadapan dengan renjatan elektrik.
China flood
China flood
Kredit Gambar:Facebook China flood
China flood
Kredit Gambar:Facebook
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#China
#Kini Trending
#pusat beli belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan