awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
02:00 MYT
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Tindakan lelaki mengusik gajah dengan selipar tular di platform X.
NEW DELHI: Satu rakaman video tular sekumpulan lelaki mengacah-acah gajah dengan selipar mengundang kecaman netizen yang bimbang tindakan itu akan mengundang maut.
Klip video dikongsi pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Parveen Kaswan, menunjukkan sekumpulan lelaki cuba menakutkan seekor gajah menggunakan selipar.
Insiden itu berlaku di negeri Assam sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Dalam video itu, seekor gajah berdiri atas tanah tinggi manakala seorang lelaki berdiri di kawasan rendah dan cuba menghalau haiwan itu menggunakan selipar.
Beberapa minit kemudian, lebih ramai lelaki datang dan membuat perkara sama.
Video itu memperlihatkan gajah liar seperti cuba menyerang mereka dan ia berakhir apabila haiwan itu berundur dan masuk ke dalam hutan semula.
"Kenal pasti haiwan sebenar di sini. Jangan lakukan perkara ini lagi kerana ia boleh mengancam nyawa," tulis Kaswan dalam video tersebut.
Pegawai IFS yang berkongsi video dalam media sosial sejak Khamis telah mendapat 91,000 tontonan dan 1,300 tanda suka.
Insiden itu mencetuskan debat atas talian. Ramai menyuarakan terkejut dengan keberanian lelaki terbabit memprovokasi gajah liar sehingga mungkin boleh membawa padah.
"Meletakkan nyawa mereka dalam bahaya melampau. Mengapa mereka mengusiknya dan tidak takut bahaya?, tulis seorang pengguna media sosial di platform X. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#gajah
#sekumpulan lelaki
#video tular
#kecaman netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan