awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video remaja perempuan bunuh diri di Periscope disiasat

Agensi
Agensi
12/05/2016
00:00 MYT
Video remaja perempuan bunuh diri di Periscope disiasat
Periscope ialah aplikasi telefon pintar yang membenarkan pengguna memasukkan video mereka secara langsung melalui akaun Twitter. - Gambar fail
Pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan berhubung kes bunuh diri seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dengan terjun ke arah keretapi di Paris yang dimuat naik secara langsung di Periscope.
Menurut Pendakwa Undang-undang, Eric Lallement, seorang wanita warga Perancis yang tidak dikenali menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang rakannya beberapa minit sebelum membunuh diri untuk membuatkan mereka menyedari niatnya.
"Dia juga ada mengeluarkan kenyataan kepada pengguna internet melalui aplikasi Periscope untuk memberitahu mengenai tindakannya itu," katanya.
Dia dikatakan bercakap mengenai satu kejadian rogol dan menamakan penjahat itu semasa tayangan video itu di Periscope.
Rakaman kematian wanita itu, yang berlaku pada Selasa di Stesen di Egly, Selatan Paris, telah dipadam Periscope.
Namun, beberapa video bunuh diri itu masih boleh didapati di YouTube.
Dalam video itu, mangsa dilihat berada tempat duduk sambil menghisap rokok, dan berkata: "video ini tidak direka untuk mencipta 'topik perbualan'... tetapi untuk membuat orang memberi respons, untuk membuka minda mereka, dan sebagainya."
Video itu kemudian bertukar kepada skrin hitam dan tidak lama selepas itu kedengaran suara mangsa yang mula tenggelam timbul.
Mesej-mesej pengguna Periscope dilihat turut berkelip pada skrin.
Periscope ialah aplikasi telefon pintar yang membenarkan pengguna memasukkan video mereka secara langsung melalui akaun Twitter.
Dalam pada itu, polis menerima aduan mengenai kejadian pada jam 4.30 petang daripada seorang pengguna Periscope yang dipercayai ada kaitan dengan remaja itu.
Remaja perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat.
Twitter yang membeli Periscope pada 2015 bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai akaun individu penggunanya.
Kandungan siaran yang dianggap menjadi perkara biasa dalam aplikasi Periscope itu, kini disiasat dengan kemungkinan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh diri.
Bulan lalu, seorang remaja 18 tahun didakwa di mahkamah di Ohio selepas dituduh merakam kejadian rogol rakannya berusia 17 tahun oleh seorang lelaki berusia 29 tahun di aplikasi itu.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Periscope
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan