awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video teaser BLACKPINK catat rekod 2.5 juta tontonan dalam masa lima jam

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
03/04/2019
03:36 MYT
Video teaser BLACKPINK catat rekod 2.5 juta tontonan dalam masa lima jam
BLACKPINK yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30, dijangka mencatat kejayaan yang besar untuk tahun ini dengan pelancaran mini album kedua mereka iaitu "Kill This Love. - Gambar Twitter @ygent_official
DUA hari lagi menjelang pelancaran album Kill This Love, kumpulan BLACKPINK bermurah hati 'belanja' sebuah lagi sedutan muzik video buat peminat-peminat setia mereka.
Dalam tempoh lima jam selepas dimuat naik di saluran YouTube, video teaser berkenaan sudah dilayari oleh 2.5 juta penonton, iaitu satu pencapaian yang membanggakan.
Rekod tontonan itu juga sekali gus memberikan petanda bahawa peminat tegar BLACKPINK yang dikenali sebagai BLINK seakan-akan tidak senang duduk menanti detik pelancaran Kill This Love pada Jumaat ini.
Syarikat rakaman yang dinaungi BLACKPINK, YG Entertainment sebelum ini mengumukan mini album kedua kumpulan itu memuatkan lima buah lagu iaitu "Kill This Love", Don't Know What To Do", "Kick It", "Hope Not", and "DDU-DU DDU-DU" (versi remix).
Dalam sedutan klip video berdurasi 22 saat itu kesemua anggota BLACKPINK, Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose menggayakan watak yang kelihatan garang seperti karakter Tomb Raider.
BACA: BLACKPINK, Tomb Raider versi Korea?
BACA: BLINK ragu-ragu dengan senarai lagu daripada album baharu BLACKPINK?
Sehari sebelum album Kill This Love dilancarkan, BLACKPINK akan mengadakan hitung detik (countdown) iaitu pada pukul 11 malam (waktu Korea Selatan) bersama peminat-peminat mereka sempena meraikan album baharu itu.
#BLACKPINK 'KILL THIS LOVE COUNTDOWN LIVE 2019.04.04 11PM(KST) on BLACKPINK V live channel 'KILL THIS LOVE' release 2019.04.05 0AM(KST)# #KillThisLove #COUNTDOWNLIVE #YG pic.twitter.com/Bpyw1rElVE
— YG FAMILY (@ygent_official) April 2, 2019
Semakin mendekati hari pelancaran album, semakin banyak kejutan yang diberikan daripada BLACKPINK yang baru-baru ini tersenarai untuk “Forbes 30 Under 30” bagi tahun 2019.
Menurut laporan International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) 2019, mendapati terdapat kenaikan jualan seni muzik sebanyak 18 peratus di Korea Selatan yang antara lain faktor kenaikan itu ada kaitan dengan rahsia kejayaan kumpulan BLACKPINK dan band boy popular, BTS.
BLINK, sudahkah anda bersedia untuk pelancaran album “Kill This Love” yang bakal meletup pada 5 April ini?
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#BTS
#Ddu-du Ddu-du
#K-pop
#Kill This Love
#Video teaser BLACKPINK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan