VIENNA: Kritikan kebergantungan Austria terhadap gas Rusia oleh pegawai tinggi EU telah menyebabkan ketegangan diplomatik antara Vienna dan Brussels, lapor Agensi Berita dpa.
Wakil Suruhanjaya Eropah di ibu negara Austria, Martin Selmayr telah dipanggil ke Kementerian Luar di Vienna untuk perbincangan, umum jurucakap kementerian Austria pada Khamis.
Diplomat EU Jerman, yang pernah menjadi setiausaha agung suruhanjaya itu, telah menyifatkan pembayaran gas Austria kepada Rusia sebagai "wang darah", memandangkan perang Moscow di Ukraine.
Pada awal pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari tahun lalu, Austria mendapatkan 79 peratus import gasnya dari Rusia. Bahagian itu merosot kepada 17 peratus menjelang Oktober tahun lalu tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, angka itu telah meningkat dengan ketara. Pada Julai, ia adalah 66 peratus, menurut kementerian iklim.
Selmayr telah melancarkan kritikannya pada satu acara di Vienna pada Rabu dan menuduh Austria membiayai perang Rusia. Sebagai sebuah negara yang kaya, Austria boleh melakukannya tanpa gas Rusia sama seperti negara lain, tambahnya.
Tetapi Menteri Hal Ehwal Eropah Austria Karoline Edtstadler dari Parti Rakyat Austria (OVP) yang konservatif menyifatkan kritikan itu "sepenuhnya berat sebelah" dan menunjuk kepada usaha berterusan Austria untuk mengurangkan kebergantungannya kepada gas Rusia.
Kerajaan merancang untuk menghentikan penggunaan gas Rusia secara berperingkat menjelang 2027. Menteri Iklim Leonore Gewessler, dari parti Greens, berkata bahawa pindaan dalam undang-undang sedang disediakan untuk membantu Austria menghentikan import Rusia.
Tetapi pembekal gas juga mempunyai peranan penting dalam beralih kepada import bukan Rusia, katanya.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Fri Sep 08 2023
Kerajaan Austria merancang untuk menghentikan penggunaan gas Rusia secara berperingkat menjelang 2027. - Gambar hiasan/Reuters
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.