awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021

Bernama
Bernama
13/11/2021
16:44 MYT
Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021
Vietnam secara rasmi membatalkan penganjuran Sukan Para ASEAN (APG) 2021 di Hanoi, Vietnam yang dijadualkan berlangsung Disember ini.
KUALA LUMPUR: Vietnam secara rasmi membatalkan penganjuran Sukan Para ASEAN (APG) 2021 di Hanoi, Vietnam yang dijadualkan berlangsung Disember ini berikutan kebimbangan terhadap aspek kesihatan dan kesukaran membawa masuk peralatan teknikal dan khusus, semasa pandemik COVID-19.
Ini adalah kali kedua APG dibatalkan susulan pandemik dengan pertama kali membabitkan edisi 2019 di Manila, Filipina.
Persatuan Paralimpik Vietnam (VPA) mengesahkan perkara ini di dalam satu surat kepada Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Mejar Jeneral Osoth Bhavilai. Surat itu ditandatangani Presiden VPA Huynh Vinh Ai.
Penganjur memaklumkan pembatalan temasya itu adalah berikutan situasi rumit berikutan gelombang keempat pandemik COVID-19 di Vietnam.
Bagaimanapun VPA berkata kerajaan Vietnam mengekalkan hak penganjuran Sukan SEA ke-31 yang dijadualkan pada suku kedua tahun depan.
"Keputusan dibuat setelah melihat situasi semasa yang telah memberi kesan terhadap langkah-langkah kawalan COVID-19 terutama kepada golongan rentan komuniti/atlet kurang upaya dari segi risiko pada kesihatan dan keselamatan mereka," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan Lembaga Gabenor APSF akan bersidang dalam masa terdekat untuk membincangkan tindakan seterusnya.
"Mesyuarat tersebut tidak hanya akan membincangkan perkara berkaitan pembatalan Sukan Hanoi tetapi akan turut membincangkan hala tuju temasya tersebut susulan pembatalan dua kejohanan (Manila 2020 dan Hanoi 2021) kerana pandemik," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Vietnam merancang untuk menangguhkan Sukan SEA dan APG selama setahun pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang diadakan secara maya Jun lepas, namun tidak dipersetujui oleh lapan daripada 11 negara yang mengambil bahagian, termasuk Malaysia.
Sebanyak 11 sukan dijadualkan pada APG Hanoi selepas 16 sukan dipertandingkan pada kejohanan itu di Kuala Lumpur pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Sukan Para ASEAN
#batal
#APG
#COVID-19
#Manila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan