awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam catat kemasukan lebih 9.2 juta pelancong asing dalam lima bulan pertama

Bernama
Bernama
08/06/2025
01:20 MYT
Vietnam catat kemasukan lebih 9.2 juta pelancong asing dalam lima bulan pertama
Pelancong menikmati pemandangan indah di tepi Tasik Hoan Kiem, di Hanoi, 27 Mei 2025. Pihak berkuasa pelancongan Vietnam berkata usaha promosi akan diteruskan bagi mencapai sasaran 22 hingga 23 juta pelancong antarabangsa pada 2025. - REUTERS
HANOI: Vietnam menerima lebih 9.2 juta pelancong antarabangsa dalam lima bulan pertama 2025, meningkat 21.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan Malaysia berada dalam kelompok 10 pasaran utama, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Pihak Berkuasa Pelancongan Kebangsaan Vietnam (VNAT).
Pada Mei sahaja, negara itu mencatatkan ketibaan 1.53 juta pelancong asing, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun lalu.
Pengendali pelancongan menyifatkan angka ini sebagai pencapaian kukuh meskipun musim kemuncak pelancongan telah berakhir, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi 10 tahun bagi bulan itu.
Hasil pelancongan dari Januari hingga Mei dianggarkan mencecah VN$38.4 trilion (US$1.47 bilion), meningkat 24.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
Perjalanan udara menyumbang 85.2 peratus daripada ketibaan, diikuti dengan laluan darat (12.9 peratus) dan laut (1.9 peratus).
Meskipun mempunyai garis pantai yang panjang dan infrastruktur pelabuhan, VNAT memaklumkan bahawa pelancongan maritim masih belum diterokai sepenuhnya.
China kekal sebagai pasaran utama dengan 2.36 juta pelawat, diikuti Korea Selatan dengan lebih 1.9 juta.
Pasaran utama lain termasuk Taiwan (533,000), Amerika Syarikat (375,000), Jepun (342,000), Kemboja (325,000), India (272,000), Australia (241,000), Malaysia (221,000) dan Rusia (210,000).
Pihak berkuasa pelancongan Vietnam berkata bahawa usaha promosi akan diteruskan bagi mencapai sasaran 22 hingga 23 juta pelancong antarabangsa pada 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#pelancongan
#perjalanan udara
#pelancong antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami