awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam jatuh hukuman penjara paling lama, 14 tahun, untuk penyeludup sumbu badak

Agensi
Agensi
09/12/2021
04:10 MYT
Vietnam jatuh hukuman penjara paling lama, 14 tahun, untuk penyeludup sumbu badak
Vietnam dan China kekal menjadi pasaran utama bagi penyeludupan gading gajah, tenggiling, bahagian badan harimau dan sumbu badak. - Unsplash
HANOI: Seorang penyeludup sumbu badak dihukum penjara selama 14 tahun pada Rabu, suatu tempoh paling panjang pernah dijatuhkan mahkamah Vietnam bagi jenayah itu.
AFP yang memetik kenyataan sebuah kumpulan konservasi tempatan melaporkan, Vietnam merupakan hab penerimaan dan juga transit bagi perdagangan haram hidupan liar yang bernilai berbilion dolar.
Pihak berkuasa telah lama berusaha untuk membanteras jaringan perdagangan hidupan liar yang merentasi sempadannya, namun pakar memberi amaran bahawa pasaran gelap tetap hidup gara-gara penguatkuasaan yang lemah.
Awal minggu ini, Do Minh Toan, 36, menerima hukuman 14 tahun penjara kerana terlibat dalam urusan jual beli dan menyeludup sumbu badak dari Emiriah Arab Bersatu memasuki Vietnam.
Semuanya terbongkar pada tahun 2019 selepas pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi mengesan bungkusan barang mencurigakan seberat 125 kilogram.
Barangan itu dibalut menggunakan plaster keras dan pihak polis terpaksa memecahkannya untuk melihat isi yang disembunyikan – sumbu badak.
“Walaupun sering terdapat pandangan negatif tentang cara Vietnam mengendalikan jenayah melibatkan hidupan liar, hukuman berat sebegini menunjukkan bahawa pihak berkuasa negara ini mampu bertegas untuk mencegah jenayah ini,” ujar Timbalan Pengarah Education for Nature Vietnam (ENV), Bui Thi Ha.
Organisasi itu mendedahkan, Vietnam merekod 317 kes jenayah melibatkan perdagangan haram sumbu badak sejak tahun 2017.
Sejumlah 24 orang sudah ditangkap dan didakwa, dengan purata tempoh hukuman penjara bagi yang bersalah, adalah lebih lima tahun.
Vietnam dan China kekal menjadi pasaran utama bagi penyeludupan gading gajah, tenggiling, bahagian badan harimau dan sumbu badak.
Topic Berkaitan
#sumbu badak
#Vietnam
#penyeludupan
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan