awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza

Bernama
Bernama
05/12/2024
09:11 MYT
Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza
Doktor memaklumkan bahawa kematian akibat influenza A/H1N1pdm itu adalah terpencil tanpa sebarang kaitan epidemiologi yang dikenal pasti. - Gambar hiasan virus influenza/Pixabay
HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam mengarahkan wilayah Binh Dinh di selatan negara itu untuk mengawal jangkitan silang di kemudahan kesihatan selepas wilayah itu melaporkan empat kematian akibat influenza A/H1N1pdm, lapor Xinhua pada Khamis memetik media tempatan.
Keempat-empat kematian melibatkan pesakit berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap radang paru-paru teruk serta mempunyai pelbagai penyakit ketika dimasukkan ke hospital.
Doktor memaklumkan bahawa kematian akibat influenza A/H1N1pdm itu adalah terpencil tanpa sebarang kaitan epidemiologi yang dikenal pasti.
Menurut Jabatan Kesihatan wilayah, sehingga 26 November, wilayah itu melaporkan 842 kes influenza.
Daripada jumlah itu, 26 kes disahkan menghidap radang paru-paru teruk yang disyaki berpunca daripada jangkitan virus.
Ujian makmal mengesan 10 kes positif influenza A/H1N1pdm, satu kes positif influenza B, sembilan kes negatif dan enam kes masih menunggu keputusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Influenza
#A H1N1pdm
#kematian
#jangkitan silang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan