awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam rai 50 tahun berakhirnya perang dengan AS

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2025
01:15 MYT
Vietnam rai 50 tahun berakhirnya perang dengan AS
Bagi rakyat Vietnam, perayaan ini bukan sekadar mengenang sejarah tetapi juga menandakan harapan untuk masa depan yang lebih aman dan makmur. - Foto REUTERS
HO CHI MINH CITY: Ribuan rakyat Vietnam memenuhi jalan-jalan utama sambil mengibarkan bendera merah dan menyanyikan lagu-lagu patriotik dalam perarakan besar-besaran bagi memperingati ulang tahun ke-50 berakhirnya perang dengan Amerika Syarikat (AS).
Acara ini menandakan detik bersejarah penyatuan negara pada 30 April 1975, apabila Vietnam Utara yang berhaluan komunis menawan Saigon, ibu kota Vietnam Selatan yang disokong AS, dan menamakannya semula sebagai Ho Chi Minh City.
Perarakan tersebut menampilkan jet pejuang dan helikopter yang membawa bendera merah, serta sebuah arca berbentuk bunga teratai dengan potret Ho Chi Minh di barisan hadapan.
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam, menekankan kepentingan perpaduan dan keamanan.
“Dalam semangat menutup lembaran lama dan menghormati perbezaan, seluruh parti, rakyat, dan tentera berikrar untuk menjadikan Vietnam sebuah negara yang aman, bersatu, makmur, dan maju,” katanya.
Buat pertama kali, lebih 300 tentera dari China, Laos, dan Kemboja turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut, sebagai tanda penghormatan terhadap sokongan mereka semasa konflik.
Perayaan ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara Vietnam dan AS.
Pada tahun 2023, Vietnam telah menaik taraf hubungan dengan AS ke tahap rakan strategik komprehensif, setaraf dengan hubungan yang dimilikinya dengan China dan Rusia.
Walaupun hubungan antara kedua-dua negara semakin erat, terdapat cabaran baharu termasuk tarif tinggi dikenakan oleh pentadbiran AS, yang berpotensi menjejaskan usaha pemulihan ekonomi Vietnam.
Namun, bagi rakyat Vietnam, perayaan ini bukan sekadar mengenang sejarah tetapi juga menandakan harapan untuk masa depan yang lebih aman dan makmur.
Topic Berkaitan
#ulang tahun tamat perang
#komunis
#penyatuan negara
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami