Tabung Haji menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya mengenai sebuah video yang disebarkan di laman media sosial memaparkan tawaf terhenti ketika jemaah menunaikan tawaf di Masjidil Haram.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

Menurutnya, Tabung Haji mempunyai kakitangan sepanjang tahun berada di Mekah yang sentiasa memantau situasi semasa di Tanah Haram.

Menurutnya, beliau sendiri sempat menunaikan umrah dan tiada pula kejadian seperti itu berlaku pagi Rabu.

Katanya, berkemungkin video itu adalah lama dan diambil pada tahun sebelumnya.

Video berdurasi 86 saat itu memaparkan rakaman ribuan jemaah terhenti dari menunaikan tawaf di Masjidil Haram akibat kesesakan.