Skip to main content

Malaysia

Perompak pecah masuk pejabat JKM di Tanah Merah, ikat pengawal, larikan kenderaan

81749657109_TBPOLISPDRM.jpg
Dua kenderaan yang dilarikan ialah sebuah Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam  dan sebuah Toyota Fortuner berwarna hitam. - Gambar hiasan

KOTA BHARU: Dua kenderaan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelewek, Tanah Merah, dilarikan oleh sekumpulan empat hingga lima suspek yang memecah masuk premis pejabat agensi itu awal pagi tadi.

Pengarah JKM Kelantan Che Samsuzuki Che Noh berkata menerusi kamera litar tertutup di premis berkenaan, kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi apabila seorang petugas keselamatan telah didatangi empat hingga lima suspek sebelum tangannya diikat.

Advertisement

Beliau berkata dua kenderaan yang dilarikan ialah sebuah Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam  dan sebuah Toyota Fortuner berwarna hitam.

"Suspek juga dipercayai cuba melarikan sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Navara milik jabatan, namun cubaan itu gagal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi kedua-dua kenderaan tersebut dipercayai telah dibawa ke Thailand.

"Kes ini kita telah laporkan kepada pihak polis dan ia masih lagi dalam siasatan mereka," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video