awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Imigresen AS diserang di Minneapolis - Vance
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak kolera di Nigeria, lebih 2,000 maut

Bernama
Bernama
07/09/2021
11:28 MYT
Wabak kolera di Nigeria, lebih 2,000 maut
Wabak kolera masih melanda Nigeria setiap tahun terutama ketika musim hujan dan kerap berlaku di kawasan padat penduduk. - Twitter / @eha_news
LAGOS: Angka kematian akibat wabak kolera di Nigeria sejak Januari telah mencecah 2,141 daripada lebih 65,000 kes disyaki, kata Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC).
Dalam kemas kini terbaru mengenai wabak itu pada Selasa, agensi kesihatan berkenaan memaklumkan sejumlah 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di wilayah ibu kota dengan 2,141 kematian.
Kes baharu yang disyaki dalam seminggu antara 23 Ogos hingga 29 Ogos berkurang kepada 2,127 berbanding 3,098 kes pada minggu sebelumnya.
Kolera adalah penyakit yang sangat virulen, ia disifatkan paling teruk dan mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit berair akut sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Wabak kolera masih melanda Nigeria setiap tahun terutama ketika musim hujan dan kerap berlaku di kawasan padat penduduk dan tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang baik serta kekurangan air dan makanan bersih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak
#kolera
#Nigeria
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan