Lebih 60 ribu wanita Arab Saudi mengambil bahagian dalam gerakan bersama bagi menyuarakan bantahan terhadap larangan memandu kenderaan yang dikuatkuasa kerajaan ke atas mereka.
Sekiranya angka berkenaan tepat, ia dianggap jumlah bantahan terbesar yang pernah dibuat oleh kaum wanita di negara itu bagi mendapatkan hak memandu.
Berdasarkan undang-undang negara itu, ia tidak mempunyai perincian yang melarang wanita dari memandu kenderaan. Bagaimanapun kaum wanita mendakwa mereka didiskriminasi dengan tidak diberikan lesen.
Bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, beberapa bantahan secara senyap-senyap diadakan bagi menuntut hak berkenaan.
Ia termasuk menyiarkan rakaman video yang memaparkan keupayaan wanita memandu setanding dengan kaum lelaki.
Antara yang dipaparkan Merena May Al Sawyan, ibu kepada dua orang cahaya mata yang merupakan seorang penyelidik ekonomi.
Dia memuat turun video sepanjang 4 minit ketika memandu di Riyadh.
Sejak September, hampir setiap hari wanita Arab Saudi menyiarkan video mereka memandu kenderaan sebagai bantahan terhadap undang-undang itu.
Ia mengundang reaksi golongan konservatif yang mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang lebih keras kepada mereka yang melanggar undang-undang.
Sebelum ini 50 wanita telah dipenjarakan selama sehari.
Selain merampas pasport, sebahagian mereka kehilangan pekerjaan kerana mengingkari peraturan yang ditetapkan.
Pada Jun 2011 , kira-kira 40 wanita bertindak memandu kenderaan di jalan raya di beberapa bandar bagi membantah tindakan pihak berkuasa menangkap rakan mereka selepas dia menyiarkan rakaman video sedang memandu kenderaan.
Astro Awani
Sun Oct 27 2013
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.
Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.
Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.