awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat kali pertama - Laporan

Bernama
Bernama
11/05/2025
11:08 MYT
Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat kali pertama - Laporan
Bekas Duta Besar UK ke China, Barbara Woodward, kini menjadi wanita dengan kedudukan tertinggi dalam Pejabat Kementerian Luar Britain. - X / @BWoodward_UN
MOSCOW: Ketua baharu agensi perisikan Britain MI6 dijangka seorang wanita buat julung kalinya, apabila tiga calon akhir yang dipilih untuk sesi temu duga akhir baru-baru ini kesemuanya terdiri daripada wanita, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar The Times.
Temu duga untuk jawatan tersebut berlangsung minggu lepas, dan dua daripada tiga calon akhir merupakan pegawai MI6, menurut laporan itu.
Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa hanya satu daripada tiga calon yang dikenal pasti setakat ini - bekas Duta Besar United Kingdom ke China, Barbara Woodward, yang kini merupakan wanita berpangkat tertinggi di Pejabat Luar. Namun, pencalonannya turut menerima kritikan berikutan pandangannya yang dilihat cenderung ke arah Beijing.
Ketua semasa MI6 Richard Moore dijangka akan berundur pada musim luruh ini selepas lima tahun memegang jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua wanita
#Barbara Woodward
#agensi perisikan
#Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan