Kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen metro Cuizhu di Shenzhen City, selatan China.
Mangsa pada ketika itu dilihat sedang berjalan dengan seorang lelaki menuju ke eskalator untuk keluar dari stesen tersebut.
Sebaik tiba berdekatan eskalator, panel lantai yang dipijak mangsa tiba-tiba runtuh menyebabkan wanita berkenaan jatuh ke dalam lubang.
Lelaki itu kemudian cuba sedaya upaya untuk menarik mangsa keluar.
Via - YouTube/The world's best video channel
Rakaman CCTV turut menunjukkan beberapa orang bergegas membantu menarik mangsa keluar.
Mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Wanita itu dihantar ke hospital berdekatan dan doktor mengesahkan dia hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan.
Shenzen Metro, dalam satu kenyataan, berkata panel lantai tersebut telah dibaiki dan mereka memohon maaf kepada mangsa serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu mangsa.
Pihak berkuasa walau bagaimanapun masih menjalankan siasatan dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pampasan yang akan diberi kepada mangsa.