SYDNEY: Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas tercampak ke bawah tebing sedalam 25 meter selepas sebuah lori simen meletup.

Kejadian berlaku di Lane Cove, lokasi wanita itu bekerja apabila pam konkrit tiba-tiba meletup sekitar pukul 5.45 petang semalam.

Letupan itu menyebabkan sisa konkrit dari lori simen merebak ke seluruh tapak pembinaan seterusnya melitupi kereta yang diletakkan berhampiran di jalan Northwood.

Memetik 9News, mangsa yang mengalami kecederaan patah tulang pelvis kini dirawat di Hospital Royal North Shore.

Insiden ini turut disahkan oleh Jabatan Keselamatan Pekerja di New South Wales dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

"Memandangkan siasatan sedang dilakukan, tiada ulasan lanjut boleh diberitahu buat masa ini," kata seorang jurucakap.