awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita didapati bersalah belah perut, 'culik' kandungan wanita hamil

Agensi
Agensi
04/10/2022
11:03 MYT
Wanita didapati bersalah belah perut, 'culik' kandungan wanita hamil
Tertuduh yang berusia 29 tahun itu didapati bersalah memukul kepala remaja hamil itu sekurang-kurangnya lima kali sebelum membelah perut dan pinggul untuk mengeluarkan bayi berkenaan. - Gambar hiasan
TEXAS: Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil berusia 21 tahun selain bertindak 'menculik' bayi yang dikandung mangsa.
Taylor Rene Parker disabitkan bersalah kerana membunuh Reagan Michelle Simmons-Hancock pada Oktober 2020 dan mengambil bayi dalam perut mangsa yang kemudiannya meninggal dunia.
Memetik laporan Sky News, tertuduh yang berusia 29 tahun itu didapati memukul kepala wanita hamil itu sekurang-kurangnya lima kali sebelum membelah perut dan pinggul untuk mengeluarkan bayi berkenaan.
Keputusan jenayah dijatuhkan selepas tiga minggu proses pendengaran di Bowie County di timur laut Texas, dimana peguam Parker menolak pertuduhan penculikan dalam usaha untuk mengurangkan pertuduhan jenayah berat anak guamnya itu.
Peguam tertuduh berhujah bahawa bayi itu tidak pernah hidup sekali gus tidak boleh dianggap 'diculik' namun pendakwa raya memaklumkan pengamal perubatan yang hadir memberi keterangan memaklumkan bahawa bayi memiliki degupan jantung ketika dilahirkan.
"Kami telah membentangkan secara teratur apa yang dia (Parker) lakukan, mengapa dia melakukannya, semua bahagian yang bergerak dan segala kecederaan pada mayat," kata pendakwa raya Kelley Crisp.
Sementara itu, proses menentukan hukuman ke atas Parker ditetapkan bermula 12 Oktober ini.
Pendakwa raya menuntut hukuman mati tetapi pihak juri boleh memilih agar pesalah menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Texas
#Reagan Michelle Simmons-Hancock
#kes bunuh
#culik kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan