awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita keempat terkaya Rusia terkorban dalam nahas pesawat

Agensi
Agensi
01/04/2019
03:40 MYT
Wanita keempat terkaya Rusia terkorban dalam nahas pesawat
Natalia Fileva mempunyai kekayaan bernilai AS$600 juta, meletakkannya di kedudukan wanita keempat terkaya di Rusia. (Foto AP)
Pemilik bersama syarikat penerbangan kedua terbesar di Rusia merupakan antara tiga mangsa yang terkorban dalam satu insiden nahas pesawat Epic LT yang terhempas di Jerman pada Ahad.
Natalia Fileva, 55 tahun, antara pemegang saham utama Siberia Airlines atau lebih dikenali sebagai S7, mempunyai kekayaan bernilai AS$600 juta (RM2.4 billion), meletakkannya sebagai wanita keempat terkaya di Rusia.
Menurut laporan polis, pesawat peribadi terbabit sedang dalam perjalanan dari Perancis menuju bandar Egelsbach ketika ia terhempas kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan di sebuah ladang di Erzhau, berhampiran Darmstadt.
Egelsbach terletak kira-kira 10 kilometer selatan Frankfurt.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menyatakan Fileva seorang ketua yang bersimpati dan berinspirasi kepada orang ramai.
Bangkai pesawat yang terhempas di satu kawasan lapang berdekatan satu lapangan terbang kecil Egelsbach dekat Frankfurt, Jerman, 31 Mac, 2019. (Foto AP)
Bangkai pesawat yang terhempas di satu kawasan lapang berdekatan satu lapangan terbang kecil Egelsbach dekat Frankfurt, Jerman, 31 Mac, 2019. (Foto AP)
Mangsa lain yang turut terkorban dalam kemalangan itu adalah seorang lagi penumpang dan juruterbang pesawat tersebut.
Syarikat itu menambah bahawa kemalangan tersebut akan disiasat oleh suruhanjaya antarabangsa bersama pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.
S7 Group merupakan pesaing utama Aeroflot, syarikat penerbangan terbesar Rusia, serta mempunyai 96 pesawat yang terbang ke 26 negara, menurut laman web syarikat itu.
Sebuah kereta polis yang musnah dilihat tersadai dekat sebatang jalan di Langen, dekat Frankfurt, Jerman, 31 Mac, 2019. (Foto AP)
Sebuah kereta polis yang musnah dilihat tersadai dekat sebatang jalan di Langen, dekat Frankfurt, Jerman, 31 Mac, 2019. (Foto AP)
Sementara itu, dua lagi maut dalam satu kemalangan jalan raya berkaitan kejadian kapal terbang terhempas itu.
Agensi berita dpa memetik polis berkata, satu kereta polis yang bertindak balas kepada kejadian nahas itu telah bertembung dengan satu lagi kenderaan semasa dalam perjalanan.
Tiga anggota polis dilaporkan cedera teruk sementara dua penumpang dalam kereta satu lagi meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Egelsbach
#Erzhau
#Natalia Fileva
#Perancis
#pesawat peribadi
#pesawat terhempas
#Rusia
#Serbia Airlines
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan