Seorang wanita dituduh membunuh kekasihnya ketika mengadakan hubungan seks dan menggunakan mayat kekasihnya itu dalam “upacara memuja syaitan.”
Anastasia Beloshapkina, 22, didapati bersalah atas tuduhan membunuh selepas polis menemukan mayat kekasihnya, Dmitry Sinkevich dengan alat kelamin terputus.
Pembunuhan itu dipercayai dilakukan bagi memenuhi sebahagian daripada upacara pengorbanan ritualistik syaitan.
Mangsa, Sinkevich, 24, merupakan bekas pegawai polis yang bekerja sebagai pelayan bar.
Mayat Sinkevich dikerat kepada beberapa bahagian pada hari sama.
Selain melakukan pembunuhan, wanita itu juga disabitkan dengan kesalahan "menyalahgunakan mayat si mati."
Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh memotong bibir kekasihnya dengan pisau, mengoyak pipi serta mengerat anggota badan, tangan dan jari kaki.
Malah, dia turut mengaku menyimpan anggota badan yang dipotong di dalam peti sejuk dan menggantung anggota lain di dalam kediamannya.
Mahkamah turut diberitahu bahawa mangsa dibunuh ketika pasangan kekasih itu sedang melakukan permainan “seks kasar" di flat mereka di bandar Oryol, Rusia.
Jiran mereka juga mendakwa pasangan itu adalah peminat aktiviti BDSM dan memberitahu terdapat beberapa imej syaitan di laman sosial mangsa.
“Mereka sering buat bunyi bising. Mereka juga selalu mengadakan aktiviti seks beramai-ramai.
"Saya dan jiran lain turut membuat aduan,” kata seorang jiran pasangan tersebut.
Mahkamah kemudian menetapkan bahawa tertuduh Beloshapkina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahannya.
Agensi
Fri Mar 29 2019

Anastasia didapati bersalah atas tuduhan membunuh selepas polis menemukan mayat kekasihnya dengan alat kelamin terputus. - Foto MIRROR UK
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893899/42418327751614962125831_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Peraturan Khas Liga Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Peraturan Khas Liga Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893895/42418327741614961535029_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Peraturan Khas Liga Malaysia 2021
![[INFOGRAFIK] 3 Langkah Keluar Perangkap Negara Pendapatan Sederhana [INFOGRAFIK] 3 Langkah Keluar Perangkap Negara Pendapatan Sederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893896/42418327731614961505812_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 3 Langkah Keluar Perangkap Negara Pendapatan Sederhana
![[INFOGRAFIK] Senarai Pasukan Liga Malaysia [INFOGRAFIK] Senarai Pasukan Liga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893897/42418327711614961479871_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Senarai Pasukan Liga Malaysia

10 Berita Pilihan - (05 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mayat remaja ditemui terapung bawah jambatan
Mayat ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat.

Isu kontroversi Sajat, Ibu Yati akan dibincang kerajaan bersama jabatan agama
Perbincangan pada Isnin ini turut melibatkan isu kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat dan juga Ibu Yati.

Gagal dihubungi, rupanya ibu sudah meninggal dunia
Mayat wanita berkenaan ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak dan berbau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagi arahan culik dan bunuh, polis Dallas ditahan
Bryan Riser, pegawai polis yang sudah berkhidmat selama 13 tahun itu, ditahan pagi Khamis dan dibawa ke penjara Dallas.

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Bunuh pengasas AmBank: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.

Ibu kandung, kekasih didakwa bunuh anak berusia 4 tahun
Tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

Pesakit kanser tahap empat ditemui maut direnjat elektrik
Seorang pesakit kanser tahap empat ditemui meninggal dunia dengan kesan renjat elektrik dalam kejadian di rumah dua tingkat di Taman Seri Arowana, Seberang Jaya.

Suspek kes bunuh warga emas direman 7 hari
Tempoh tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaludin Elias, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Polis kenal pasti identiti mayat warga emas ditemui di hadapan sekolah
Mangsa dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun, dipercayai beralamat dari Jalan Simpang Empat, Alor Setar.