awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita lahirkan bayi dengan antibodi COVID-19 selepas disuntik vaksin ketika hamil

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2021
03:06 MYT
Wanita lahirkan bayi dengan antibodi COVID-19 selepas disuntik vaksin ketika hamil
Bayi berkenaan dikatakan telah menerima antibodi tersebut daripada ibunya yang disuntik vaksin COVID-19 ketika hamil. - Gambar hiasan
SEORANG bayi di Amerika Syarikat telah dilahirkan dengan antibodi terhadap virus COVID-19, menurut laporan stesen televisyen WPBF.
Bayi berkenaan dikatakan telah menerima antibodi tersebut daripada ibunya yang disuntik vaksin COVID-19 ketika hamil, menurut doktor.
"Setahu kami, ini merupakan kali pertama dalam dunia seorang bayi dilahirkan dengan antibodi COVID-19 selepas ibunya disuntik ketika hamil," kata pakar kanak-kanak Florida, Paul Gilbert.
Wanita berkenaan, seorang petugas kesihatan, diberi suntikan vaksin keluaran Moderna ketika hamil 36 minggu.
Dia melahirkan seorang bayi perempuan pada akhir bulan Januari dan sampel darah daripada bayi tersebut diambil.
"Kami telah menguji sampel darah tersebut untuk melihat jika antibodi dari ibunya telah dipindahkan ke bayi tersebut. Ini sering berlaku dengan vaksin lain jika ia disuntik ketika seorang wanita itu hamil," jelas Dr Gilbert.
Sebelum ini seorang wanita di Singapura yang dijangkiti COVID-19 ketika hamil melahirkan seorang bayi yang mempunyai antibodi terhadap virus berkenaan.
BACA: Wanita Singapura didakwa lahirkan bayi dengan antibodi COVID-19
Segala berita tentang vaksin di Malaysia boleh didapati di sini: Jejak Vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#bayi
#Antobodi
#Moderna
#hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan