awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium

Bernama
Bernama
22/12/2023
13:04 MYT
Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium
Seorang wanita maut selepas pokok Krismas setinggi 20 meter tumbang menimpanya di pasar Krismas di Belgium pada Khamis. - Foto AP
BRUSSELS: Seorang wanita maut selepas pokok Krismas setinggi 20 meter tumbang menimpanya di pasar Krismas di Belgium pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Konifer besar di pasar Krismas di bandar Oudenaarde, kira-kira 50 kilometer ke barat Brussels, ditumbangkan tiupan angin kencang pada petang Khamis, lapor agensi berita Belgium Belga.
Pokok itu menimpa tiga orang, menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian akibat kecederaan serius. Setakat ini belum jelas sama ada pokok Krismas yang besar dan dihiasi itu ditambat dengan baik supaya tidak jatuh.
Video menunjukkan pokok itu bergerak secara mendadak ditiup angin sebelum tumbang. Media tempatan memetik Datuk Bandar Oudenaarde Marnic De Meulemeester sebagai berkata bahawa hujan lebat dan angin kencang pada tahap 6 menyebabkan pokok itu tumbang.
Tempat kejadian ditutup oleh pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.
Penyiar VRT yang memetik saksi kejadian berkata kira-kira 20 orang mengangkat pokok itu selepas insiden dan mengeluarkan dua mangsa, manakala mangsa ketiga diselamatkan oleh pekerja kecemasan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#wanita
#dihempap pokok krismas
#Belgium
#bandar Oudenaarde
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan