awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media

Bernama
Bernama
23/12/2025
12:42 MYT
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Mereka dipaksa ke kawasan lapang, menyuruh mereka duduk di atas tanah, menanggalkan tudung mereka dan melakukan serangan fizikal. - Gambar hiasan
BANDAR GAZA: Wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon di Haifa berdepan penderaan, termasuk dipukul dan dipaksa menanggalkan tudung, menurut Pejabat Media Tahanan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, pejabat itu menjelaskan, pengawal penjara memaksa wanita yang ditahan keluar ke kawasan lapang, menyuruh mereka duduk di atas tanah, menanggalkan tudung mereka dan melakukan serangan fizikal.
Anjing serta bom denyar turut digunakan terhadap wanita, menurut kenyataan itu, sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai "pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma kemanusiaan".
Beberapa tahanan mengalami kecederaan akibat serangan itu, yang dilaporkan berlaku dalam empat kejadian berasingan sepanjang Disember, menurut pejabat itu.
Pejabat berkenaan meletakkan tanggungjawab penuh ke atas Israel terhadap keselamatan tahanan wanita dan memberi amaran mengenai risiko yang timbul daripada apa yang disifatkannya sebagai corak penindasan yang berterusan.
Ia turut menggesa pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan agar mengambil tindakan segera bagi menghentikan peningkatan pelanggaran terhadap wanita yang ditahan di Penjara Damon.
Lebih 9,300 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, masih ditahan di penjara Israel dan ramai dilaporkan berdepan penderaan, kebuluran dan pengabaian perubatan yang menyebabkan beberapa kematian, menurut pertubuhan hak asasi manusia Israel dan Palestin.
Hampir 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut , serta lebih 171,000 yang lain cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023.
Sekurang-kurangnya 1,102 rakyat Palestin maut serta hampir 11,000 yang lain cedera di Tebing Barat yang diduduki dalam tempoh sama akibat serangan tentera Israel dan peneroka haram.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#wanita palestin
#penjara damon
#seksaan
#serangan fizikal
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami