ISTANBUL: Wanita paling tinggi di dunia, Rumeysa Gelgi akhirnya merasai berada di dalam pesawat komersial buat kali pertama dalam hidupnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia yang setinggi 215.16 sentimeter (cm) terpaksa berbaring di dalam pesawat itu.
Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya dan digantikan dengan tempat yang membolehkannya untuk baring.
Menurut catatan Instagramnya, dia mengharungi penerbangan selama 13 jam dari Istanbul di Turkiye ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Guinness World Records, dia berdiri pada ketinggian 215.16 cm dan dinamakan sebagai wanita paling tinggi di dunia awal tahun ini.
Dia juga mempunyai jari terpanjang dan tangan terpanjang.
Pada kebiasaannya, Gelgi bersiar-siar di atas kerusi roda atau dengan menggunakan alat bantuan pejalan kaki.
Badannya yang besar itu disebabkan oleh sindrom Weaver.
Gelgi, 24, tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini kerana dia terlalu tinggi untuk duduk di dalam syarikat penerbangan biasa.
Bagaimanapun, dia kini boleh melancong ke luar negara dan terbang ke San Francisco berkat kesediaan syarikat penerbangan Turkish mengubah suai tempat duduk bagi membolehkan Gelgi terbang dengan selesa.
Ketika memuatkan kandungan di Instagram, setelah mendarat di California, Gelgi menyatakan bahawa ia merupakan penerbangan yang sempurna.
Penerbangan itu juga adalah yang pertama dengan pesawat tetapi pastinya ia bukan yang terakhir, katanya.
Dia mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menjadi sebahagian daripada penerbangannya itu. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Mon Nov 07 2022

Rumeysa Gelgi berbaring di dalam pesawat komersial (kiri) yang membawanya dari Istanbul ke AS baru-baru ini. - Foto Instagram

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Wanita paling tinggi dunia terpaksa baring dalam pesawat
Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya.