awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita sedang tidur nyaris ditimpa meteorit

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2021
02:01 MYT
Wanita sedang tidur nyaris ditimpa meteorit
Seketul batu dipercayai meteorit jatuh dari bumbung sebuah rumah milik seorang wanita di Kanada baru-baru ini. -Foto Ruth Hamilton
OTTAWA: Seorang wanita nyaris dihempap dengan meteorit yang jatuh ke atas bumbung rumahnya di Kanada baru-baru ini.
Wanita itu, Ruth Hamilton dari Golden, British Columbia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat pada siling rumahnya 4 Oktober lalu.
Dia kemudian mendapati terdapat debu pada mukanya.
Wanita itu kemudian bangun dari katil dan membuka lampu sebelum melihat terdapat seketul batu di atas katilnya.
Hamilton kemudian menghubungi talian kecemasan 911 bagi mengetahui apakah sebenarnya benda yang jatuh itu.
Seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian pula memeriksa batu itu. Beliau kemudian mendapati batu itu bukan datang dari kawasan sebuah pembinaan.
Dia membuat kesimpulan bahawa batu tersebut kemungkinan berasal dari meteorit.
Ini adalah kerana sekumpulan orang menyaksikan satu lintasan meteor di sebuah tasik yang terletak kira- kira 83 kilometer jauhnya dari rumah Hamilton.
Sementara itu, sebuah syarikat insurans Hamilton menyatakan ia akan melihat sama ada meteor itu terkandung dalam perjanjian insurans diri wanita tersebut.
Menurut Pusat Kajian Meteorit Universiti Negeri Arizona, meteor ialah batu dari asteroid yang mengorbit matahari di angkasa lepas. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Meteorit
#Ruth Hamilton
#jatuh atas bumbung rumah
#batu atas katil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan