Dagmar Turner, 53 tahun, berbuat demikian agar doktor pakar yang melakukan pembedahan mampu memerhatikan keupayaannya bermain muzik selain dan keghairahannya selama 40 tahun untuk instrumen berkenaan.
Bekas perunding pengurusan dari Isle of Wight itu memainkan biola semasa pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian kanan lobus frontal otaknya, yang hampir kepada bahagian untuk mengawal pergerakan tangan kirinya.
Dalam pada itu, bagi mengelakkan Turner hilang upaya bermain biola, Perunding Pakar Neuro di Hospital King’s College, Profesor Keyoumars Ashkan, membuat perancangan dengan membuat lakaran membuka tengkorak kepalanya sebelum membenarkan Turner menggesek alat muzik itu semasa dibedah.
“Ketika doktor membedah bahagian otaknya, Turner memainkan muzik Gustav Mahler, klasik jazz nyanyian George Gershwin iaitu Summertime selain alunan muzik oleh penyanyi Sepanyol, Julio Iglesias.
Pembedahan berkenaan menyaksikan kejayaan mengeluarkan lebih 90 peratus ketumbuhan termasuk bahagian yang disyaki berlakunya pergerakan ketumbuhan aktif.
Sementara itu, Turner mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor yang menjalankan pembedahan ke atasnya.
“Biola memang minat saya. Saya bermain instrumen ini sejak berusia 10 tahun. Bayangan saya akan hilang upaya memainkan alat muzik ini amat menyedihkan,” jelasnya.