Skip to main content

Dunia

Wanita terkejut besar, nak leraikan anjing rupa-rupanya singa gunung

61549620049_MOUNTAINLION.jpg
61549620049_MOUNTAINLION.jpg

Advertisement

Seorang wanita di Idaho, Amerika Syarikat yang menyangka dia sedang meleraikan pergaduhan dua ekor anjing, terkejut besar apabila menyedari salah seekor daripadanya rupa-rupanya adalah seekor singa gunung.

Menurut laporan yang diterima Jabatan Perikanan dan Permainan Idaho, kejadian berlaku pada 30 Januari lalu sewaktu wanita itu cuba bertindak selepas melihat dua haiwan sedang bergaduh di hadapan rumahnya.

Selesai meredakan kedua-duanya, wanita itu akhirnya menyedari haiwan itu adalah seekor singa gunung jantan yang bengis.

“Wanita itu cuba menghalang anjing miliknya daripada menerkam singa gunung itu sambil berteriak kepada suaminya agar mencapai pistol. Suaminya akhirnya berjaya menghalau haiwan itu,” seorang pegawai jabatan itu memberitahu pihak media.

Kedua-dua, wanita dan anjingnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selain hanya kesan calar.

Kelibat singa gunung sememangnya sering dilaporkan sejak kebelakangan ini di kawasan itu.

Ia menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Baru-baru ini seorang lelaki yang sedang berlari terpaksa mempertahankan diri dengan membunuh seekor singa gunung yang menerkamnya.

Must Watch Video

Advertisement