awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didapati masih hidup selepas disahkan 'mati dan dibakar' 9 tahun lalu

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2023
11:55 MYT
Warga emas didapati masih hidup selepas disahkan 'mati dan dibakar' 9 tahun lalu
Identiti Zhuo Kangluo disahkan pihak berkuasa minggu lalu selepas cucu lelaki tua itu mengenalinya daripada poster orang hilang. -Facebook MARIO ShowBiz
SEORANG lelaki warga emas yang dianggap telah meninggal dunia dan mayatnya dibakar hampir sedekad lalu ditemui dalam keadaan masih hidup dan sihat.
Dalam kejadian di China baru-baru ini, identiti Zhuo Kangluo disahkan pihak berkuasa minggu lalu selepas cucu lelaki tua itu mengenalinya daripada poster orang hilang.
Ketika disoal pasukan penyiasat, lelaki tua itu bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan.
Namun ujian DNA yang kemudiannya dijalankan mengesahkan padanan dengan abangnya.
Situasi aneh melibatkan Kangluo bermula pada tahun 2014 apabila dia dilapor melarikan diri dari rumah jagaan warga tua.
Ketika kehilangannya, berlaku satu kemalangan di kawasan itu tidak lama kemudian, dan saudara-mara serta penduduk kampung menyangka mayat yang ditemui di tepi jalan itu ialah Kangluo.
Mayat 'Kangluo' kemudiannya dibakar selepas anak saudaranya tidak mahu bedah siasat dijalankan.
Sejak sekian lama, Kangluo dianggap telah meninggal dunia sehinggalah dia muncul semula tahun ini.
Pertemuan semula keluarga yang sekian lama terpisah itu berlaku penuh emosi.
Kangluo malah dapat mengeja nama saudara-maranya dengan betul apabila ditanya.
Difahamkan pihak berkuasa kini sedang mengenal pasti identiti lelaki yang dibakar sembilan tahun lalu.
Topic Berkaitan
#warga emas
#Zhuo Kangluo
#mati sembilan tahun lalu
#hidup selepas mayat dibakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan