awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia antara yang ditahan di India kerana skim penipuan MLM

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2014
23:45 MYT
Warga Malaysia antara yang ditahan di India kerana skim penipuan MLM
Seorang wanita warga Malaysia telah ditahan oleh polis Andra Pradesh di India kerana dipercayai terlibat dengan kes penipuan pelaburan wang berjumlah 160 crore Rupees (RM85 juta) melalui syarikat skim pemasaran berlapis (MLM) dan skim modal putaran.
Wanita yang berusia 50 tahun itu dikehendaki oleh polis kerana dipercayai terlibat dengan 21 kes penipuan di Andra Pradesh dan suspek ditahan di Lapangan Terbang Chennai di Tamil Nadu oleh pihak berkuasa imigresen pada Ahad lalu.
Memetik laporan berita Press Trust of India (PTI), wanita tersebut ditahan ketika sedang menanti penerbangannya ke Malaysia, kata seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah itu yang enggan dikenali.
Sepasukan polis dari Andra Pradesh telah dihantar ke Chennai untuk membuat tangkapan tersebut dan wanita itu kini telah dihadapkan ke mahkamah di Nellore, Andra Pradesh untuk direman.
Suspek dan empat lagi rakannya dipercayai telah mewujudkan sebuah syarikat skim pemasaran berlapis dan mengutip deposit dari pelabur di Andra Pradesh secara haram dengan menjanjikan pulangan yang lumayan, kata pegawai polis tersebut.
Kesemua suspek kini disiasat untuk 21 kes tersebut dibawah Kanun Keseksaan India dan Akta Putaran Wang dan Hadiah 1978.
Topic Berkaitan
#Andra Pradesh
#India
#MLM
#wanita
#warga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan