awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
FBI geledah pejabat pilihan raya Georgia berkait undi presiden AS 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi

Bernama
Bernama
28/01/2026
22:10 MYT
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Perdana Menteri Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya.Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya.
"Anda pasti terkejut apabila mengetahui yang terdapat lebih 500 sekolah Tamil di Malaysia. Selain mengajar Bahasa Tamil, mata pelajaran lain juga diajar dalam Bahasa Tamil.
"Selain itu, bersama Bahasa Telugu dan Punjabi, terdapat juga keutamaan terhadap bahasa India lain," kata Modi dalam satu siaran radio, disampaikan dalam Bahasa Hindi, bahasa utama di utara India.
"Pada hari ini, budaya dan perayaan kita meninggalkan kesan di seluruh dunia. Perayaan India disambut dengan penuh semangat dan kegembiraan di setiap pelosok dunia," katanya dalam episod terbaharu siaran itu sempena sambutan Hari Republik India.
Beliau memuji peranan masyarakat berketurunan India dalam mempromosikan budaya India di luar negara.
"Di mana sahaja mereka berada, mereka terus memelihara dan mempromosikan intipati budaya mereka. Komuniti India kita di Malaysia juga melakukan usaha yang terpuji dalam hal ini," kata Perdana Menteri India itu.
Dalam episod ke-130 program radio bulanan Modi, Mann Ki Baat, yang bermaksud "bicara dari hati" dan sering menyentuh tema kontemporari serta bersifat popular, Modi turut menonjolkan peranan pertubuhan berpangkalan di Malaysia, Malaysia India Heritage Society, dalam "memperkukuh hubungan sejarah dan budaya" antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, pertubuhan itu menganjurkan pelbagai aktiviti, termasuk program berkaitan warisan.
"Bulan lalu, acara ikonik 'Lal Paad Saree Walk' dianjurkan di Malaysia. Sari ini mempunyai hubungan istimewa dengan budaya Bengal. Acara ini mencatat rekod sebagai jumlah peserta paling ramai mengenakan sari, yang direkodkan dalam Malaysia Book of Record," kata Modi.
Perdana Menteri India itu dijangka melawat Malaysia pada awal Februari.
Lawatan terakhir beliau ke negara ini adalah pada 2015.
Pada Oktober lepas, beliau turut menyertai Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dipengerusikan oleh Malaysia secara maya.
Malaysia dan India meningkatkan hubungan dua hala kepada tahap perkongsian strategik komprehensif semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi pada Ogos 2024.
--BERNAMA
TAG: India, Malaysia, hubungan India - Malaysia, Narendra Modi
Topic Berkaitan
#warisan India
#PM India
#Narendra Modi
#komuniti India Malaysia
#india-malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan