awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kastam KLIA buat pusingan kerja semua anggota, perkukuh integriti, budaya kerja
APG 2025: Yusof Hafizi sumbang emas pertama negara
OnePlus dilapor akan ditutup oleh Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2026
03:20 MYT
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
Carney berkata dunia akan menjadi lebih rapuh jika kuasa besar tidak lagi menghormati aturan dan nilai bersama. - Foto fail/REUTERS
DAVOS: Kanada menyatakan bantahan keras terhadap sebarang tarif Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan hasrat Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Greenland.
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, berkata Ottawa menolak tindakan mengenakan tarif sebagai tekanan politik, dan menggesa rundingan yang lebih fokus demi mencapai matlamat bersama di rantau Artik.
“Kanada membantah keras tarif berkaitan Greenland dan menyeru rundingan yang lebih terarah bagi mencapai objektif bersama kita iaitu keselamatan dan kemakmuran di Artik,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland.
Trump pada Sabtu lalu mengumumkan tarif ke atas import daripada sekutu Eropah yang menolak keinginan AS untuk mengambil alih Greenland, wilayah autonomi di bawah Denmark.
Carney turut menyatakan sokongan terhadap kedaulatan Denmark ke atas Greenland, selain menegaskan Kanada mahu memperkukuh kerjasama baharu dengan negara yang sehaluan ketika berdepan hubungan yang semakin rumit dengan pentadbiran Trump di Washington.
Trump sebelum ini pernah mengancam untuk menggabungkan Kanada, dan pada Selasa memuat naik imej dijana kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan peta Kanada dan Greenland sebagai sebahagian daripada AS.
Tanpa menyebut nama Trump atau AS secara langsung, Carney berkata dunia akan menjadi lebih rapuh jika kuasa besar tidak lagi menghormati aturan dan nilai bersama.
“Jika kuasa besar meninggalkan walaupun sekadar pretensi terhadap peraturan dan nilai demi mengejar kuasa dan kepentingan mereka tanpa sekatan, keuntungan daripada pendekatan transaksional akan menjadi semakin sukar untuk diulang,” katanya.
Carney yang pernah mengetuai Bank of England dan Bank of Canada turut menekankan kepentingan Kanada membina “rangkaian hubungan” yang luas, termasuk selepas mencapai perjanjian dengan China minggu lalu.
Menurutnya, hubungan itu mempunyai garis panduan yang jelas, namun masih menawarkan peluang besar dalam sektor tenaga, pertanian dan perkhidmatan kewangan yang saling menguntungkan.
Topic Berkaitan
#mark carney
#tarif
#Donald Trump
#Greenland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan