KEMENANGAN calon Demokrat, Joe Biden, sebagai presiden baharu Amerika Syarikat disambut baik oleh rakyat negara itu.

Mereka membanjiri jalan raya untuk meraikan kemenangan tersebut yang menyaksikan Biden melepasi ambang 270 undi minimum yang diperlukan untuk menang secara keseluruhannya. 

Pennsylvania adalah negeri yang mendorong Biden mendapat 284 undi elektoral, sekali gus menjadikannya sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46.

Kegembiraan turut dikongsi pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Biden menentang penyandang, Donald Trump dari parti Republikan, yang hanya meraih 214 undi elektoral.

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada Kamala Harris selaku wanita pertama menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat.

"Tahniah, @JoeBiden dan @KamalaHarris. Kita dua negara bersahabat, rakan kongsi dan sekutu rapat. Kita berkongsi hubungan yang unik di pentas dunia," tulis Trudeau di Twitter.

"Saya amat berharap dapat bekerjasama dan membangunkannya bersama dengan anda berdua," tambahnya.

Turut mengucapkan tahniah, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson.

"Tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan kepada Kamala Harris atas pencapaian bersejarahnya," kata Johnson menerusi Twitter. 

Ini antara ucapan pemimpin-pemimpin dunia.


BACA: Siapa Joe Biden? Ini lima fakta ringkas presiden baharu Amerika Syarikat!

BACA: AS Memilih: Joe Biden mahu tumpu perkukuh perpaduan rakyat

BACA: Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS 

BACA: AS Memilih: Donald Trump tetap dakwa dirinya menang

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata rakyat Amerika sudah memilih Presiden mereka.

"Tahniah @JoeBiden dan @KamalaHarris! Kita harus melakukan banyak perkara untuk mendepani cabaran hari ini. Mari bekerjasama!" tulisnya di Twitter.

Canselor Jerman Angela Merkel juga merakamkan ucapan tahniah dan berharap dapat bekerjasama dengan Biden.

"Warga Amerika sudah membuat pilihan mereka. Joe Biden akan menjadi presiden Amerika Syarikat ke-46," katanya dalam satu kenyataan.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation' juga menyaksikan Biden menafikan hasrat Trump menjadi presiden untuk penggal kedua.