Skip to main content

Dunia

White House muat naik foto Trump pegang kad UNO, isyarat mesej keras

[TB]_Trump_x @WhiteHouse
Imej itu dikongsi tanpa sebarang penjelasan lanjut, namun dilihat sebagai mesej simbolik yang disengajakan, dipercayai ditujukan kepada Iran. - Foto X/@WhiteHouse

WASHINGTON: White House memuat naik sekeping foto di platform X yang memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memegang beberapa kad permainan UNO disertai kapsyen berbunyi: “Saya memegang semua kad”.

Imej itu dikongsi tanpa sebarang penjelasan lanjut, namun dilihat sebagai mesej simbolik yang disengajakan, dipercayai ditujukan kepada Iran ketika ketegangan berterusan di Selat Hormuz dan isu berkaitan program nuklear Tehran.

Advertisement

Penggunaan metafora permainan kad itu mencadangkan Trump mahu menggambarkan kedudukan AS sebagai pihak yang menguasai keadaan atau mempunyai kelebihan dalam konflik geopolitik semasa.

Hantaran tersebut menarik perhatian meluas di media sosial dan ditafsirkan sebagai satu lagi bentuk komunikasi politik tidak langsung oleh White House di tengah situasi serantau yang semakin tegang.
 

 

Must Watch Video